Followers

Friday, 10 February 2012

Jangan Jadi Busybody Lebih-lebih!

Assalamualaikum and selamat malam..


Wah tajuk.. Bukan main marah lagi yer RB ni. Haha. Jangan terpedaya pada tajuk. RB tak marah pun tau. Gedik sekejap. :D Hehe. Berbalik pada tajuk, dalam entri sebelum ni, RB ada cakap nak story kat sini tujuan sebenar kenapa RB bukak blog ni kan? Ok. Masa untuk RB bukak cerita. :p


Actually, sebelum ni RB ada blog. Tak famous pun. Tapi dah lama jugak la RB merepek kat situ. Pada mulanya, blog tu untuk suka-suka je. Blog pasal life RB. Tak ramai kawan yang tau kewujudan blog tu. Ingatkan RB nak rahsiakan sampai bila-bila. Tapi entah mana, RB boleh terbagi pulak url blog tu kat salah sorang kawan office RB. Lepas dia dapat, yang lain pulak dapat. Ada yang RB sendiri bagi. Salah RB sendiri. Senang sangat percaya kat orang. Kan dah terkena.


Bila dah semakin ramai yang tau, RB jadi tak best. Tak seronok dah nak berblogging. Bosan kot kalau setiap aktiviti RB jadi bualan or usikan kat office. Paling tak best bila ada sorang kawan office RB tu dah macam stalker. Setiap pagi dia akan bukak blog RB. Baca apa RB update. Kalau RB tak update, dia tanya kenapa tak update. Rimas RB dibuatnya. Sekarang ni, mungkin disebabkan RB jarang update blog tu, dia takde la nak bukak sangat. RB pernah jugak saja cakap nak buat blog lain. Nak tengok reaksi dia. Dia suruh RB bagi url blog yang RB nak buat tu tau. Scary betul. Tapi maaf la yer. Kali ni RB tak dapat nak kasi url blog ni. RB nak privasi lebih. Hehe.


RB tak suka kalau orang nak tau semua benda pasal RB. RB bukan public figure pun. Tak perlu la kan nak selidik apa yang RB buat. RB dah besar panjang. Tahun ni dah nak masuk 23 dah pun. RB tahu apa yang patut RB buat, dengan siapa RB patut kawan. Kalau ambil berat tu, RB boleh terima lagi. Tapi ni macam agak berlebihan. RB tak suka. Rasa diri ni macam penjenayah pun ada. Yerla, dah semua benda nak kena report kat dia. Bosan tau. Kalau RB sendiri cerita kat blog ni, RB tak kisah sangat. Sebab ni memang niat RB sendiri nak bercerita. RB hope sangat dia tak sibuk-sibuk pasal RB dah. RB nak ada ruang untuk RB sendiri. Ruang yang jauh dari orang-orang yang kenal RB kat dunia realiti. :D


Ok la. Panjang sangat pun nak bebelnya. Masa untuk tengok tv. :p

1 comment:

  1. da follow.
    hope u follow mine

    http://yourmediafire.blogspot.com/

    ReplyDelete