Followers

Monday, 27 February 2012

Pentingnya Air...

Assalamualaikum and selamat malam semua...


Hehe.  Lama sangat dah rasanya RB tak update blog ni. RB tak nak bagi macam-macam reason. Reason RB simple je. RB tak ada cerita menarik nak kongsi kat sini. :D  Harini pun takde perkara menarik yang berlaku dalam hidup RB. Macam biasa je. Cuma harini agak sengsara seketika. Sengsara? Wah.. RB ni suka sangat guna perkataan bajet gempak ni kan? Hehe. Actually, harini RB sengsara disebabkan air yer kawan-kawan. 


Tenang je tengok gambar air ni kan? Gambar kidnap kat Google.


Air ni sangat-sangat penting dalam hidup kita. Takde air, memang sengsara. Kenapa boleh sengsara pulak ni? Eh.. Mestilah.. Cuba bayangkan kalau korang nak minum tapi air takde. Kan susah tu. Errr.. Tak sesuai kot contoh tu. Mesti nanti korang cakap boleh beli kat kedai. Betul tak? Haha. Ok. RB guna contoh lain. Contoh paling senang. Bayangkan kalau takde air masa perut korang tengah memulas-mulas. Ya, memang boleh bawak air botol. Tapi kan, segan kot nak bawak air botol pergi tandas. :p


Perkara ni la yang terjadi kat office RB tadi. Dari pagi sampai tengahari tadi air takde. Memang susah. Dua-dua blok pulak tu takde air. Bukan setakat air kat tandas je, air kat pantry pun langsung tak keluar. Sampaikan RB and geng-geng office RB terpaksa buat rombongan semata-mata nak tumpang tandas office lain. Mujur la sebelah je dengan office RB. Takde la jauh sangat nak menapak. Air minum pulak terpaksa la beli kat kantin. Nasib baik ada. 


Bila dah jadi macam tu, baru la nak sedar betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian. Masa tengah ada, langsung tak nak kisah. Bila takde, mula la nak fikir. Mana nak cari air untuk minum la, untuk basuh pinggan la, nak ambik wudhuk la, nak beristinjak la. So, moral of the story? Hargailah air. Haha. ( Kena simpan air dalam botol siap-siap la lepas ni kat office. :p )

Tuesday, 14 February 2012

Hasrat Tak Kesampaian..

Assalamualaikum and selamat tengahari..


Masih dalam mood rehat ni. Ada lagi berapa minit je nak habis rehat. Tak puas nak rileks tau. Kenapa la tak bagi rehat dua jam sehari kan. Mesti best punya la. Hehe. (Kalau dah malas tu, bagi 10 jam rehat pun belum tentu puas. Ye tak?) :D


Saja nak merepek sekejap kat sini. Dah lama sangat kot RB tak bercerita apa-apa kat blog. Kesian  kat blog RB tu. Huhu. 


Actually, RB nak cerita pasal kucing ni. RB ni pencinta kucing tau. Suka gila main dengan kucing. Pantang nampak mesti nak usik. Lebih-lebih lagi kalau nampak kucing yang comel-comel and gemuk. Lagi la RB suka main. So, haritu RB ternampak ada empat ekor anak kucing dekat dengan pondok jaga office RB. RB geram tengok salah satu daripada kucing tu. Perut dia bulat, badan gemuk. Memang  rasa nak gigit je kalau dapat  pegang. Gebu betul. Huhu.

Comel kan meow ni.. Gerammm.. Huhu.  Gambar : Tok Google

RB nekad nak ambik seekor. Nak bawak balik and bela. RB siap dah tanya kat pak guard tu, kucing tu ada tuan ke tak. Dia cakap takde. Memang peluang RB la kan. Tapi RB tak jadi ambik haritu sebab susah nak balik naik bas. Balik rumah, RB cerita la kat adik RB pasal anak kucing tu. Semangat gila kitorang nak bela kucing tu. Tengah syok-syok bayangkan nak bela kucing, tiba-tiba masuk pulak surat edaran dari bawah pintu.


RB ambik baca. Ceit.. Hancur harapan nak bela meow. Nak tau apa ada dalam surat tu? Larangan membela kucing di kawasan perumahan. Geram betul la. Baru nak bela. Huh. Rupa-rupanya larangan tu dibuat sebab ada pembela-pembela kucing kat kawasan rumah RB tu biarkan kucing-kucing dorang merayau and membuang merata-rata. Hampeh betul la. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Adeh.. Yang buat salah berapa kerat je. Tapi habis yang lain terkena akibatnya. Hurmm.. Redha jela.



Ok la. Masa untuk kembali meneruskan tugas yang terhenti sekejap tadi. Papai.

Friday, 10 February 2012

Jangan Jadi Busybody Lebih-lebih!

Assalamualaikum and selamat malam..


Wah tajuk.. Bukan main marah lagi yer RB ni. Haha. Jangan terpedaya pada tajuk. RB tak marah pun tau. Gedik sekejap. :D Hehe. Berbalik pada tajuk, dalam entri sebelum ni, RB ada cakap nak story kat sini tujuan sebenar kenapa RB bukak blog ni kan? Ok. Masa untuk RB bukak cerita. :p


Actually, sebelum ni RB ada blog. Tak famous pun. Tapi dah lama jugak la RB merepek kat situ. Pada mulanya, blog tu untuk suka-suka je. Blog pasal life RB. Tak ramai kawan yang tau kewujudan blog tu. Ingatkan RB nak rahsiakan sampai bila-bila. Tapi entah mana, RB boleh terbagi pulak url blog tu kat salah sorang kawan office RB. Lepas dia dapat, yang lain pulak dapat. Ada yang RB sendiri bagi. Salah RB sendiri. Senang sangat percaya kat orang. Kan dah terkena.


Bila dah semakin ramai yang tau, RB jadi tak best. Tak seronok dah nak berblogging. Bosan kot kalau setiap aktiviti RB jadi bualan or usikan kat office. Paling tak best bila ada sorang kawan office RB tu dah macam stalker. Setiap pagi dia akan bukak blog RB. Baca apa RB update. Kalau RB tak update, dia tanya kenapa tak update. Rimas RB dibuatnya. Sekarang ni, mungkin disebabkan RB jarang update blog tu, dia takde la nak bukak sangat. RB pernah jugak saja cakap nak buat blog lain. Nak tengok reaksi dia. Dia suruh RB bagi url blog yang RB nak buat tu tau. Scary betul. Tapi maaf la yer. Kali ni RB tak dapat nak kasi url blog ni. RB nak privasi lebih. Hehe.


RB tak suka kalau orang nak tau semua benda pasal RB. RB bukan public figure pun. Tak perlu la kan nak selidik apa yang RB buat. RB dah besar panjang. Tahun ni dah nak masuk 23 dah pun. RB tahu apa yang patut RB buat, dengan siapa RB patut kawan. Kalau ambil berat tu, RB boleh terima lagi. Tapi ni macam agak berlebihan. RB tak suka. Rasa diri ni macam penjenayah pun ada. Yerla, dah semua benda nak kena report kat dia. Bosan tau. Kalau RB sendiri cerita kat blog ni, RB tak kisah sangat. Sebab ni memang niat RB sendiri nak bercerita. RB hope sangat dia tak sibuk-sibuk pasal RB dah. RB nak ada ruang untuk RB sendiri. Ruang yang jauh dari orang-orang yang kenal RB kat dunia realiti. :D


Ok la. Panjang sangat pun nak bebelnya. Masa untuk tengok tv. :p

Wednesday, 8 February 2012

Permulaan Baru..

Assalamualaikum dan selamat petang..


Salam perkenalan dari Ratu Belantara (RB).. Untuk pengetahuan korang yang singgah ke sini, ini adalah blog ketiga RB. Sebelum ni RB aktif jugak menulis kat blog. Tapi sejak ada stalker kat office tu, RB jadi hilang semangat nak berblogging. RB buat blog lain. Tapi entah macam mana, stalker tu jumpa jugak. Actually, bukan la stalker. Cuma adala sesetengah orang yang busybody kat office tu. Semua aktiviti RB, semua dorang nak tau. Tertekan betul la. Sebab tu la RB buat blog ni pulak. Hope dorang tak dapat jumpa. Hehe. :D


InsyaAllah, kalau orang-orang tu tak dapat jumpa blog baru RB ni, RB akan kembali aktif berblogging macam dulu. Nanti RB cerita dengan lebih lanjut lagi kenapa RB nak elakkan diri dari dorang. Buat masa ni, RB hope korang dapat terima RB yang baru nak berjinak-jinak menjadi blogger aktif macam dulu. :p




RB cakap : Disebabkan ini entri pengenalan, RB terpaksa sopan sikit. Hehe. Next entri, RB mungkin akan guna ganti diri sebagai 'aku'. :D