Assalamualaikum and selamat malam semua...
Hehe. Lama sangat dah rasanya RB tak update blog ni. RB tak nak bagi macam-macam reason. Reason RB simple je. RB tak ada cerita menarik nak kongsi kat sini. :D Harini pun takde perkara menarik yang berlaku dalam hidup RB. Macam biasa je. Cuma harini agak sengsara seketika. Sengsara? Wah.. RB ni suka sangat guna perkataan bajet gempak ni kan? Hehe. Actually, harini RB sengsara disebabkan air yer kawan-kawan.
![]() |
| Tenang je tengok gambar air ni kan? Gambar kidnap kat Google. |
Air ni sangat-sangat penting dalam hidup kita. Takde air, memang sengsara. Kenapa boleh sengsara pulak ni? Eh.. Mestilah.. Cuba bayangkan kalau korang nak minum tapi air takde. Kan susah tu. Errr.. Tak sesuai kot contoh tu. Mesti nanti korang cakap boleh beli kat kedai. Betul tak? Haha. Ok. RB guna contoh lain. Contoh paling senang. Bayangkan kalau takde air masa perut korang tengah memulas-mulas. Ya, memang boleh bawak air botol. Tapi kan, segan kot nak bawak air botol pergi tandas. :p
Perkara ni la yang terjadi kat office RB tadi. Dari pagi sampai tengahari tadi air takde. Memang susah. Dua-dua blok pulak tu takde air. Bukan setakat air kat tandas je, air kat pantry pun langsung tak keluar. Sampaikan RB and geng-geng office RB terpaksa buat rombongan semata-mata nak tumpang tandas office lain. Mujur la sebelah je dengan office RB. Takde la jauh sangat nak menapak. Air minum pulak terpaksa la beli kat kantin. Nasib baik ada.
Bila dah jadi macam tu, baru la nak sedar betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian. Masa tengah ada, langsung tak nak kisah. Bila takde, mula la nak fikir. Mana nak cari air untuk minum la, untuk basuh pinggan la, nak ambik wudhuk la, nak beristinjak la. So, moral of the story? Hargailah air. Haha. ( Kena simpan air dalam botol siap-siap la lepas ni kat office. :p )

